Hadith dan Sunnah..

MAKSUD HADITH DAN SUNNAH

oleh : ibnuhazam/mesrarakyat

Maksud HADITH :

Bahasa : baharu, perkhabaran dan masih baru bukan lama.

Istilah : ialah apa sahaja yang di sandarkan kepada Rasulullah samada perkataan, perbuatan dan taqrir (pengakuan) Baginda. Perkataan yang sinonim kepada hadith ialah athar dan khabar. Walaubagaimana, ulama mempunyai pelbagai pendapat samada athar dan khabar sinonim dengan pengertian hadith.

Contohnya : hadith nabi berkaitan mengenai solat ialah solat

Hadith juga adalah sinonim dengan lafaz athar dan khabar. Walaubagaimanapun, terdapat ulama yang juga mempunyai pandangan berbeza di antara athar, khabar dan hadith.

Manakala, SUNNAH :

Bahasa : jalan samada terpuji atau tidak

Contoh 1 :

لتتبعن
سنن من كان قبلكم شبرا شبرا وذراعا بذراع حتى لو دخلوا جحر
ضب تبعتموهم قلنا يا رسول الله ‏‏اليهود ‏‏والنصارى ‏‏قال فمن

“Sungguh kamu akan mengikuti sunnah-sunnah (perjalanan) orang yang sebelum kamu sejengkal demi sejengkal, sehasta demi sehasta sehingga sekiranya mereka memasuki lubang dab sekalipun nescaya kamu memasukinya juga”

[Sahih Bukhari no 3197]

Contoh 2 :

من سن في الإسلام سنة حسنة فله أجرها، وأجر من عمل بها من بعده، من غير أن ينقص
من أجورهم شيء، ومن سن في الإسلام سنة سيئة فعليه وزرها، ووزر من عمل بها
من بعده، من غير أن ينقص من أوزارهم شيء

“Barangsiapa menjalani suatu sunnah yang baik, maka baginya pahala sunnah itu dan pahala mengerjakan tanpa berkurang sedikitpun pahala tersebut dan barangsiapa mengadakakan suatu sunnah yang jahat, maka atasnya dosa dan dosa orang yang mengerjakan dengannya tanpa berkurang sedikitpun dosa tersebut”

[Sahih Muslim no 1691]

Istilah ahli hadith : Segala perkara yang merangkumi suruhan dan tegahan oleh Baginda di dalam semua perkara daripada sekecil-kecil perkara seperti adab memasuki tandas sehingga sebesar-besar mewujudkan sebuah kerajaan Islam.

Contohnya : Sunnah nabi di dalam perlakuan solat baginda meringkaskan solat apabila melihat jemaahnya terdiri daripada orang tua yang uzur.

Secara umumnya HADITH dan SUNNAH itu satu perkara yang sama kerana menyandarkan kepada perkataan, perbuatan dan pengakuan Rasulullah. Walaubagaimana, terdapat ulama yang memberikan takrifan yang berbeza di antara keduanya.

Wallahua’lam

About these ads

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: