Posted by: mesrarakyat | November 21, 2009

Nikmat Masa Lapang..

Sedang menelaah AlQuran

Dari Ibnu Abbas RA dari Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam bersabda : “Dua nikmat yang kebanyakan manusia terpedaya dengannya ialah WAKTU SIHAT dan MASA LAPANG“. (Riwayat Bukhari).

Adakah kita termasuk dalam orang yang terpedaya seperti yang disebutkan di dalam hadith tersebut? Mudah-mudahan kita sedia merencana langkah yang bijak bagi mengisi masa lapang. Apatah lagi musim cuti sekolah menjanjikan kita dengan pakej-pakej pelancongan yang menarik. Tetapi, tanpa kita sedari, kita tidak mengisi jiwa kita dengan benda-benda berfaedah.

NIKMAT MASA LAPANG

Masa lapang juga merupakan sejenis nikmat pemberian Allah. Allah berikan kita 24 jam dan kitalah yang merencananya adakah ia bermanfaat atau pun tidak. Berapa banyakkah masa kita terbuang begitu sahaja? Nampaknya lebih banyak masa kita lalai dari kita memanfaatkannya.

MEMBACA DI MASA LAPANG

Antara perkara yang patut di isi oleh kita samada guru ataupun pelajar sekolah mahupun sesiapa sahaja yang berasakan dirinya terasa mempunyai masa yang lapang, eloklah kita merancang membaca agar kita lebih berilmu dan dapat memberi manfaat pula kepada orang lain.

Tetapi bagaimana anda mengisi masa lapang dengan membaca sedangkan anda belum lagi menyediakan draf rancangan membaca? Mari kita buat sedikit kerja rumah yang mudah tetapi berharga.

Sekurang-kurang anda perlu membuat satu rekod mudah bagi program membaca di masa lapang. Senang sahaja.

PROGRAM MEMBACA DI MASA LAPANG

1. Sediakan kertas kosong dan pen

2. Buat 6 Kolum. Kolum pertama BIL, Kolum 2 Jenis Buku, Kolum 3 Nama Buku, Kolum 4 tarikh pelaksanaan, Kolum 5 hasil dan Kolum 6 output/faedah.

3. Isikan semua item dengan jujur dan tetapkan matlamat yang mudah dahulu.

4. Simpan rekod anda!

Sebenarnya jika anda mempunyai kemahiran dalam excell, bolehlah membuatnya dan mencetak agar lebih menarik.

Jom kita lakukan.

Contoh :

BIL 1

JENIS BUKU hadith

NAMA BUKU ringkasan sahih bukhari

TARIKH PELAKSANAAN 20 /11 – 27/11

HASIL berjaya

OUTPUT/FAEDAH menulis hadith2 yang dibaca di dalam facebook.

“NAK SERIBU DAYA, TAK NAK SERIBU DALIH”

Posted by: mesrarakyat | November 15, 2009

Belajar Bahasa Arab 6

ADAB ARRIFQU BIL HAYAWAN

Adab berdamping/berkasih sayang dengan haiwan-haiwan

 

AT’IMIL HAYAWAN WA ASQIHI IZA JA’A AW ATOSH

Berilah makan dan minum kepada haiwan-haiwan jika ia lapar dan dahaga

 

ARRAHMAH WA SYAFAQATU BIHI WA ‘ADAMU TAHMILIHI MA LA YUTIQ

Bersifat penyayang kepada haiwan dan tidak membawa sewenang-wenangnya jika ia tidak mampu/berdaya

 

LA U’AZZIBAL HAYAWAN BIAYYI NAU’IN MIN ANWA’IL ‘AZAB

Aku tidak sekali-kali menyeksa haiwan-haiwan dengan menggunakan apa jua jenis seksaan.

 

KAHASBIHI BIDUNA TO’AM AW DORBIHI AW QOTLIHI

seperti mengurungnya tanpa makan atau memukulnya atau membunuhnya

AW HARRIQUHU BINNAR AW ITTIHAZIHI HADAFAN LIRRAMYI

atau membakarnya menggunakan api atau menjadikan haiwan sebagai sasaran balingan (target)

AW ATTAFRIQATI BAINA ASSIGHAR WA UMMUHUM

atau memisahkan diantara si kecil dengan emaknya

 

Wallahua’alam.

Posted by: mesrarakyat | November 1, 2009

Belajar Bahasa Arab 5

ADAABUL MASJID

oleh : mesrarakyat

ADHULUL MASJID BI QADAMIL YUMNA WA AQUL :

Saya masuk ke masjid dengan kaki kanan dan berkata

ALLAHUMMAFTAH LI ABWABA RAHMATIK :

Ya Tuhanku, bukakanlah bagiku pintu rahmatMu

LA NABI’ WA LA NASYTARI

Kita tidak boleh menjual beli

WA LA NATAKALLAM FIHI BISOUTIN MURTAFI’ :

Dan tidak boleh kita berkata-kata dengan suara yang kuat

WA LA NAMURRU MIN AMAMAL MUSOLLIN

Dan kita tidak boleh lalu dihadapan orang yang sedang bersolat

WA LA NA’BATHU BIL ASHYAK

Dan kita tidak boleh melakukan sesuatu yang sia-sia

LA AJLIS HATTA USOLLI RAK’ATAINI :

Aku tidak duduk sehingga aku selesai menunaikan 2 rakaat

AKHRUJU MINAL MASJID BIQADAMIL YUSRA WA AQUL :

Aku pun keluar dari masjid dengan kaki kiri dan berkata (berdoa)

ALLAMUHUMMA INNI ASALUKA MIN FADLIK :

Ya Tuhanku, aku memohon dan mengharapkan kelebihanMu

Posted by: mesrarakyat | October 5, 2009

Kuliah Hadith…

Ada jadual baru iaitu Kuliah Hadith. Butir-butirnya seperti berikut :

Kitab Riyadussolihin

Kitab Riyadussolihin

Nama Kitab  : Riyadussolihin (رياض الصالحين)

Pengarang    : Imam Nawawi (w676h)

Tempat          : Masjid AnNur, WP Labuan

Hari                  : Rabu (selepas solat maghrib)

Wallahua’lam

Posted by: mesrarakyat | October 3, 2009

Taufan..

Taufan Ketsana, Taufan Parma dan sebagainya sudah kita dengar. Begitu juga gempa bumi yang berlaku di Padang, Indonesia. Berita mengenai Tsunami di Samoa juga tidak ketinggalan.

Begitu berat sekali ujian yang mereka hadapi. Mudah-mudahan kita yang merangkap sebagai jiran mereka banyakkanlah berdoa kepada Allah agar kita tergolong di dalam golongan yang bertaqwa kepadaNya.

Posted by: mesrarakyat | September 19, 2009

Esok Raya…

Jangan lupa bertakbir. Itu adalah semulia-mulia lafaz yang patut kita ucapkan bermulanya 1 Syawal. Dan bermaafan itu adalah digalakkan. Tetapi, ianya bukan ada pada 1 Syawal sahaja malah ada pada setiap masa. Yang lebih besar lagi, mari kita mohon ampun dan maaf kepada Allah Ta’ala.

Posted by: mesrarakyat | September 17, 2009

Khatam…

Wah! Ramainya yang khatam AlQuran pada bulan Ramadhan. Tahniah diucapkan. Akan tetapi, teruskanlah membaca pada 11 bulan yang lain pula. Bukanlah tujuan utama mengkhatamkan AlQuran semata-mata tanpa kita mengambil tahu apa yang disampaikan oleh kitab alhidayah tersebut.

Posted by: mesrarakyat | September 8, 2009

Niat puasa…

Sukar hendak mengajar anak murid niat puasa. Ada satu lagu yang saya gunakan di sekolah. Jom memudahkan anak murid belajar bab puasa!

Mudahkan?

Posted by: mesrarakyat | August 31, 2009

Membaca…

Anda rajin membaca? Marilah kita membaca khususnya dalam ilmu hukum hakam puasa. Asyik-asyik tanya hukum korek hidung. Marilah borong kitab-kitab khusus bab puasa. InsyaALlah banyak kebaikan yang kita dapat.

karangan Dr Aid aAbdullah lQarni

Buku ini antara yang dibuat kuliah di dalam bulan Ramadhan AlMubarak. InsyaAllah, banyak lagi buku-buku yang perlu kita baca demi memperbaiki mutu puasa kita setiap hari. Mudah-mudahan kita dapat menjadi orang yang bertaqwa kepada ALlah Ta’ala.

Posted by: mesrarakyat | August 22, 2009

Ahlan Ya Ramadhan..

Sehari sudah kita berpuasa 1430H. Alangkah nikmatnya berbuka puasa. Benarlah hadith nabi bahawa berbuka puasa antara nikmat yang paling besar di bulan Ramadhan. Dan ada satu lagi nikmat paling agung iaitu bertemu Allah Ta’ala.

Alhamdulillah, berjaya juga melahirkan risalah ramadhan di sekolah untuk tatapan guru dan murid. Semoga ia bermanfaat kepada semua.

Wallahua’lam.

Older Posts »

Categories